3 Alat yang Perlu Anda Kuasai Supaya Boleh Pulang Awal

Semua orang bercita-cita untuk mengurangkan masa bekerja dan lebih masa untuk bersama keluarga.

Namun sekiranya kerja banyak dan belum siap, sudah pasti bos akan kejar.

Jadi bagaimana untuk anda uruskan masa dan aktiviti anda dengan cara yang terbaik?

Berikut ada TIGA alat untuk membantu anda.

1. Trello

Trello adalah alat untuk menguruskan tugasan dan tindakan dalam bentuk kad yang menarik.

Anda boleh membuat kad tugasan yang perlu anda siapkan sebelum tamat waktu kerja dan memindahkan kad tersebut kepada senarai “siap” apabila anda telah siap melaksanakannya.

Sekiranya anda mempunyai dua skrin di meja kerja anda, saya sarankan anda gunakan salah satu skrin untuk anda paparkan Trello Board anda yang telah anda penuhi dengan tugasan.

Ini akan menyebabkan anda sentiasa cakna tentang tugasan yang belum siap dan melihat dengan jelas senarai “siap” berkembang. Sangat baik untuk motivasi diri!

Saranan kami… Fokuskan TIGA sahaja tugasan besar setiap hari. Kemudian usahakan untuk siap seawal yang mungkin dalam hari tersebut.

2. E.ggtimer.com

Selalu terlalai dengan pelbagai gangguan?

Gunakan e.ggtimer.com. Laman yang amat mudah untuk memaparkan countdown masa.

Mungkin anda tanya, kenapa nak countdown masa?

Bila anda paparkan timer secara jelas di depan mata, akan wujud perasaan untuk menyegerakan tugasan. Ini akan meningkatkan fokus anda dalam melakukan tugasan.

Jadi bagaimana menggunakan e.ggtimer.com?

Tetapkan sahaja timer di ruang yang disediakan. Atau anda boleh save bookmark untuk timer-timer di bawah. Contoh:

  1. Timer 5 minit
  2. Timer 15 minit
  3. Timer 30 minit

3. Google Calendar

Uruskan masa anda dengan menyusun aktiviti, mesyuarat dan urusan-urusan lain di sini.

Anda sudah menggunakannya? Bagus.

Belum lagi?

Boleh mula hari ini.

Dalam google calendar anda boleh:

  1. Kongsikan dengan ahli pasukan anda.
  2. Kongsikan dengan klien anda secara terhad (busy / not only)
  3. Menetapkan status “busy” atau tidak.
  4. Meletakkan waktu kerja dan tidak kerja.
  5. Membuat notifikasi acara / aktiviti yang bakal berlangsung.
  6. dan banyak lagi…

Berdasarkan matriks penting / segera, lebih banyak perkara penting yang kita uruskan awal bermaksud banyak urusan yang kita dapatkan kurangkan daripada kuadran penting DAN segera.

Kenapa perlu kurangkan?

Perkara penting dan segera inilah yang akan memakan masa anda sehingga di luar waktu kerja.

Jadi selesaikan dan uruskan kebanyakan urusan yang penting awal-awal, agar anda juga boleh selalu pulang awal!

Kesimpulan

Untuk menguasai masa anda, anda perlu mengurus aktiviti anda. Alat-alat yang saya senaraikan di atas boleh membantu anda menguasai pengurusan aktiviti dan tugasan anda.

Kongsikan: