Seorang guru Quran perlu memastikan anak-anak murid menghantar hafazan yang baru dan melakukan murajaah.

Alangkah baiknya seandainya maklumat tersebut mudah dicapai dan dikomunikasikan oleh sekolah dan guru pembimbing kepada anak-anak murid dan ibu bapa mereka.

Sistem ini memudahkan:

  1. Guru-guru untuk merekodkan hafazan anak-anak murid dengan catatan ringkas dan jelas tentang kualiti bacaan dan kesilapan yang dibuat.
  2. Guru-guru untuk memberikan gred bagi setiap penghantaran hafazan.
  3. Guru-guru untuk memberi galakan kepada anak-anak murid membuat hafazan dengan data pencapaian yang mudah dipaparkan dan kaedah gamifikasi sebagai motivasi (“mata XP”, “level”, “badge” dan lain-lain).
  4. Ibu bapa untuk melihat perkembangan anak-anak; iaitu laporan sejauhmana pencapaian hafazan dan adakah ianya berkadaran dengan usaha dan masa anak-anak.
  5. Ketua bidang / ketua panitia / pengetua untuk melihat data pencapaian hafazan sekolah dan bertindak atas data tersebut sekiranya perlu.