Membuat folder Google Drive atau lain-lain yang seumpamanya untuk menyediakan kandungan setelah masa yang ditetapkan.
Hampir sama dengan Telegram, tetapi pilihan ini lebih mudah dan lebih selamat daripada Telegram.
Pro
- Setup sangat mudah. Buat folder, kemudian buka share link.
- Pengurusan kandungan lebih berstruktur.
- Hanya perlu kongsikan link folder tersebut dalam resit pembeli.
Con
- Capaian boleh dikongsi dengan dua cara memasukkan email pembeli dalam senarai pencapai secara manual – banyak usaha manual.
- ATAU dengan terus kongsikan dengan cara “Anyone with the link can view” – sangat mudah dikongsi ke luar kumpulan pembeli.
- Tiada padanan antara pembelian dan pemilik akaun melainkan email mereka sahaja.
- Terbuka kepada “share failure” sekiranya ada pengguna yang juga menggunakan email Google Workspace bagi organisasi mereka sendiri yang tidak membenarkan capaian drive asing.
- Semua video juga boleh dimuat turun.
- Jika boleh muat turun, boleh kongsi.
Kos
- Tiada tambahan kos setup.
- Kos sumber manusia.