Menggunakan laman web sendiri ditambah dengan plugin LMS dan langganan hos video berbayar.

Dicadangkan menggunakan plugin LearnDash dan hos video adalah Vimeo.

Untuk memastikan video hanya dikongsikan di saluran tertentu sahaja memerlukan kepada langganan khidmat video yang sesuai. Dicadangkan Vimeo. Vimeo boleh mengurangkan risiko di atas seperti berikut:

  • Ada tetapan untuk halang daripada muat turun (ditegaskan, hanya MENGURANGKAN KEMUDAHAN, muat turun masih mungkin tetapi KURANG MUDAH)
  • Ada tetapan untuk tidak membenarkan tontonan di vimeo.com.
  • Ada tetapan untuk mengehadkan embedding HANYA di laman web sendiri. Embedding adalah apabila kita memuatkan kod untuk memaparkan kandungan daripada laman lain ke laman sendiri. ( rujuk di sini )

Youtube juga boleh digunakan, tetapi perlu faham perkara berikut:

  • Youtube hanya boleh tetapkan video sama ada “private” atau “unlisted”.
  • Video “private” tidak boleh ditonton orang lain.
  • Video “unlisted” walaupun tidak akan keluar di laman utama Youtube atau di mana-mana suggestion, tetap tiada had kongsi selagimana seseorang mendapat capaian kepada pautan video tersebut.

Pro

  1. Penyedia kursus dalam talian lebih bebas kerana platform adalah milik sendiri.
  2. Bilangan kursus dan bahan tidak terhad.

Con

  1. Lebih banyak keperluan kepada usaha awal untuk setup
  2. Video perlu dihos di tempat lain dan embed dalam laman web sendiri. 

Kos

  1. Lesen LearnDash setahun RM1,300-1,400 (beli sendiri)
    (sekiranya ambil lesen LearnDash daripada Sayf Tech – RM400 / tahun)
  2. Lesen Vimeo setahun RM370-400
  3. Setup kali pertama, termasuk setup kursus pertama RM600 – sekali sahaja.