1. Terdapat beberapa prinsip penting untuk kita aplikasikan:
    1. Memastikan video tidak mudah dimuat turun. 
    2. Memastikan video hanya boleh dicapai di saluran-saluran tertentu, setelah pembayaran. 
    3. Memastikan video tidak mudah dikongsi setelah dicapai (setelah pembayaran)
  1. Perhatikan bahawa saya sebutkan TIDAK MUDAH bukan TIDAK MUNGKIN, kerana bagi orang yang bersungguh, dia pasti akan menemui jalan untuk melaksanakannya. Namun agak selamat untuk kita membuat anggapan bahawa 99% pembeli kursus anda tidak berniat jahat (malicious intent). Bermaksud, sekiranya tidak mudah, maka kebanyakan orang tidak akan melakukannya.