1. Apa sahaja isi kandungan atau bahan yang disiarkan di internet PASTI akan ada cara untuk mendapatkannya walaupun terlindung di sebalik dinding pembayaran (paywall). Ini adalah sifat internet. 
  2. Kita boleh buat siaran terhad yang hanya boleh ditonton oleh orang yang membayar, tetapi apakah yang menghalang mereka untuk membuat rakaman skrin? 
  3. Setiap bahan juga mempunyai pautan khas untuk memastikan bahan tersebut boleh dicapai dan digunakan. Terdapat beberapa cara untuk menghalang capaian ini, seperti mengadakan nama pengguna dan kata laluan, tetapi ini tetap tidak menghalang orang telah ada capaian ini untuk membuat salinan daripada pautan tersebut dan menyebarkannya. 
  4. Bagaimana jika kita sembunyikan pautan tersebut? Bagi orang yang mahir IT, ini bukan perkara yang sukar untuk dibuat. Boleh sahaja dicari jalan untuk mendapatkan bahan tersebut. 
  1. Oleh yang demikian, kita hanya boleh MENGURANGKAN risiko tanpa ada upaya untuk MENUTUP terus kemungkinan kebocoran ini. 
  2. Keterlaluan dalam usaha untuk menutup lubang kebocoran ini hanya akan menyusahkan pengguna / customer, dan dalam bisnes, ini risiko yang lebih besar daripada kebocoran bahan kandungan.